PN. GOH SIEW NG
GURU BESAR SJK(C) TAI SIN
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan jawatankuasa MBMMBI SJKC Tai Sin di atas terbinanya laman blog MBMMBI sekolah ini. MBMMBI adalah Dasar kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia di samping memperkukuh Bahasa Inggeris. Pada Tahun 2009 kerajaan telah mengambil keputusan memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Hal ini kerana Hasil kajian lapangan telah didapati bahawa murid sukar untuk memahami pengajaran Matematik, Sains dalam Bahasa Inggeris
Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pernah dilaksanakan sememangnya adalah satu dasar yang baik namun
secara langsung telah mempengaruhi prestasi murid dalam matapelajaran tersebut. Hal ini kerana murid-murid diluar bandar seperti juga murid di sekolah ini kurang menguasai bahasa Inggeris kerana telah terbiasa dengan bahasa ibunda. Oleh itu, Dasar MBMMBI yang menggantikan PPSMI amat bertepatan dan diharap mampu melahirkan murid yang lebih berdaya saing.
Justeru dengan adanya laman blog ini semoga segala maklumat dapat dikongsi bersama bukan sahaja kepada warga SJK(C) Tai Sin tetapi juga kepada seluruh masyarakat.
SEUNTAI KATA MBMMBI KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
CIK. NOR ZALIFAH BT KELIWON
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SJK(C) TAI SIN
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya laman blog ini dapat dihasilkan dengan jayanya. Tujuan laman blog ini dihasilkan adalah untuk melaksanakan program MBMMBI bagi sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi yang mana setiap sekolah dikehendaki mempunyai laman blog MBMMBI.
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris(MBMMBI) adalah dasar yang menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebagai guru yang menjadi agen pelaksana kepada kerajaan dalam bidang pendidikan negara ini, kami sentiasa menyokong dasar-dasar pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab.
Oleh itu, diharapkan segala maklumat dalam laman blog ini dapat dijadikan sebagai medium perkongsian maklumat dan memberi manfaat kepada pelbagai pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan