Ahad, 4 November 2012

SEUNTAI KATA MBMMBI



PN. GOH SIEW NG
GURU BESAR SJK(C) TAI SIN

      Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan jawatankuasa MBMMBI SJKC Tai Sin di atas terbinanya laman blog MBMMBI sekolah ini. MBMMBI adalah  Dasar kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia di samping memperkukuh Bahasa Inggeris. Pada Tahun  2009 kerajaan telah mengambil keputusan memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Hal ini kerana Hasil kajian lapangan telah didapati  bahawa murid sukar untuk memahami pengajaran Matematik, Sains dalam Bahasa Inggeris
              Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pernah dilaksanakan sememangnya adalah satu dasar yang baik namun 
secara langsung telah mempengaruhi prestasi murid dalam matapelajaran tersebut. Hal ini kerana murid-murid diluar bandar seperti juga murid di sekolah ini kurang menguasai bahasa Inggeris kerana telah terbiasa dengan bahasa ibunda. Oleh itu, Dasar MBMMBI yang menggantikan PPSMI amat bertepatan dan diharap mampu melahirkan murid yang lebih berdaya saing.
      Justeru dengan adanya laman blog ini semoga segala maklumat dapat dikongsi bersama bukan sahaja kepada warga SJK(C) Tai Sin tetapi juga kepada seluruh masyarakat.





SEUNTAI KATA MBMMBI KETUA PANITIA BAHASA MELAYU




CIK. NOR ZALIFAH BT KELIWON
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SJK(C) TAI SIN


     Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya laman blog ini dapat dihasilkan dengan jayanya. Tujuan laman blog ini dihasilkan adalah untuk melaksanakan program MBMMBI bagi sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi yang mana setiap sekolah dikehendaki mempunyai laman blog MBMMBI.
      Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris(MBMMBI) adalah dasar yang menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebagai guru yang menjadi agen pelaksana kepada kerajaan dalam bidang pendidikan negara ini, kami sentiasa menyokong dasar-dasar pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab.
        Oleh itu, diharapkan segala maklumat dalam laman blog ini dapat dijadikan sebagai  medium perkongsian maklumat  dan memberi manfaat kepada pelbagai pihak.





            


MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS



Selasa, 30 Oktober 2012

Pembuka Bicara

Setinggi-tinggi kesyukuran kerana akhirnya terbinanya laman blog ini. Laman blog ini bertujuan untuk menjadikan internet sebagai wadah dan medium untuk para guru dan murid berkongsi maklumat. Namun begitu, pengkhususan laman blog ini adalah untuk melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Semoga, dengan adanya laman blog ini, segala maklumat dan info terkini dapat disalurkan dan dikongsi bersama serta mendapat manfaatnya.